
Sejarah Penubuhan
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEVEN HEAVENS SELANGOR telah ditubuhkan secara rasminya pada 21 Februari 2012 yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan Nombor Pendaftaran (PPM-010-10-21022012) di alamat No. 55, Jalan BM6/6C, Bandar Bukit Mahkota 43600 Ulu Langat, Selangor.
Ikuti perkembangan kami di media sosial terkemuka
Idea Penubuhan
Idea Penubuhan PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEVEN HEAVENS SELANGOR ini tercetus adalah bermula dengan niat untuk membela nasib ramainya anak-anak yatim di Malaysia untuk memberikan mereka kasih sayang dan bantuan kehidupan agar dapat melahirkan generasi manusia yang lebih cemerlang di masa hadapan dan hamba Allah yang bersyukur dan taat setia pada segala perintahNya.


Tujuan Penubuhan
ASAS
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEVEN HEAVENS SELANGOR ini ditubuhkan berasaskan Hukum Islam (Al-Qur’an dan As-Sunnah) untuk melahirkan generasi anak yatim yang berperibadi mulia, berjiwa Al-Qur’an dan juga teguh duniawi
IDENTITI
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEVEN HEAVENS SELANGOR ini merupakan usaha yang dilandasi ketulusan, semata-mata niat sebagai ibadah kepada Allah s.w.t. dalam bentuk saling tolong menolong (ta’awun)
SIFAT
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEVEN HEAVENS SELANGOR bersifat kendiri, berketrampilan mulia, terbuka, aktif, proaktif, dan bukan organisasi politik picisan.
Ikuti perkembangan kami di media sosial terkemuka
VISI
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SEVEN HEAVENS SELANGOR merupakan wadah penyantunan yatim piatu dan dhuafa’ yang berorientasikan kepada perjuangan meningkatkan taraf sosial masyarakat dengan menyanjung nilai-nilai profesionalisma, jujur dan amanah dengan mengharapkan redha Allah S.W.T. semata-mata
MISI
- Membantu meringankan beban hidup anak-anak yatim piatu dan dhuafa’
- Menjadi penghubung antara orang-orang yang mampu dan anak-anak yatim piatu dan dhuafa’ melalui pembahagian dana infak dan sedekah
- Membantu mewujudkan impian anak-anak yatim piatu dan dhuafa’ dalam hal pendidikan
- Menyantuni anak-anak yatim piatu dan dhuafa’
- Melahirkan generasi hafiz Al-Qur’an yang menyanjung tinggi kalimat Allah S.W.T.
- Melatih keikhlasan dan istiqamah dalam diri
- Mencari redha Allah S.W.T. semata-mata
Antaranya ialah mengwujud sebuah badan yang dapat membela kebajikan anak-anak yatim dan miskin secara professional serta terurus dimana dengan sebuah badan yang tertubuh ini ia dapat bergerak bebas dari mana-mana organisasi politik dalam mendapatkan dana serta sumbangan untuk pembelaan dan pembangunan anak-anak yatim dan miskin disamping mengwujudkan gabungan ahli-ahli yang sedia bekerja secara sukarela untuk membangun diri dan masyarakat menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat.


Motto SEVEN HEAVENS: “Train to Heavens”
RASIONAL NAMA SEVEN HEAVENS
SEVEN HEAVENS dipilih kerana:-
1. Sempena angka 7 yang amat sinonim dengan banyak perkara, antaranya adalah:
– 7 lapisan bumi
– 7 lapisan langit
– 7 tingkatan syurga
– 7 tingkatan neraka
– 7 tingkatan maqam roh
– 7 golongan yang mendapat naungan di Padang Masyhar
– 7 hari dalam semiggu
– 7 orang ahli minima untuk berpesatuan
– dan banyak lagi
2. HEAVEN pula dipilih sebagai “End in Mind” kepada semua yang terlibat untuk mensasarkan syurga sebagai destinasi final di dalam perjalan kehidupan kemanusiaan kita
Carta Organisasi
NAMA
Professor Dr. Rashidi bin Ahmad
MD USM, MMed USM, FADUSM, AM MAL, Clinical Fellow NHIKL
JAWATAN SEKARANG
Ketua Bahagian Unit A&E, KPJ Seremban Specialist Hospital
JAWATAN PERTUBUHAN
Pengerusi Pertubuhan 7 Heavens
Professor Dr. Rashidi Ahmad-Pengerusi
Syed Shiriman bin Syed Abdullah-Timbalan Pengerusi
NAMA
Syed Shiriman bin Syed Abdullah
Degree in Mechanical Engineering, University of Hartford, USA
JAWATAN SEKARANG
Takaful Consultant Manager
JAWATAN PERTUBUHAN
Timbalan Pengerusi Pertubuhan 7 Heavens
NAMA
Mohd Wahid Sabran
Degree in Electrical Engineering, University of Evansville, Indiana, USA
JAWATAN SEKARANG
Project/Investment Advisor
JAWATAN PERTUBUHAN
Setiausaha Pertubuhan 7 Heavens
Mohd Wahid Sabran–Setiausaha
Syed Abdul Aziz bin Syed Mohd Noordin-Timbalan Setiausaha
NAMA
Syed Abdul Aziz bin Syed Mohd Noordin
Certified Professional Trainer(CPT) with Chartered Institute Professional Development(CIPD, UK), Certified Financial Planning(CFP), Degree in Psychology, UKM(Universiti Kebangsaan Malaysia)
JAWATAN SEKARANG
Businessman
JAWATAN PERTUBUHAN
Timbalan Setiausaha Pertubuhan 7 Heavens
Ahmad Zaimar-Bendahari
NAMA
Ahmad Zaimar
Diploma in Electrical and Electronics
JAWATAN SEKARANG
Fund Manager’s Representative
JAWATAN PERTUBUHAN
Bendahari Pertubuhan 7 Heavens
NAMA
Mohd Nasir bin Mustafa
Master of Management, University of Malaysia
JAWATAN SEKARANG
Pengarah Urusan Zhugeliang
JAWATAN PERTUBUHAN
AJK Pertubuhan 7 Heavens
Mohd Nasir bin Mustafa-AJK
ANAK-ANAK YATIM PERTUBUHAN KEBAJIKAN 7 HEAVENS SELANGOR
Di awal penubuhan PERTUBUHAN KEBAJIKAN 7 HEAVENS SELANGOR, kami berjaya membiayai seramai 14 orang anak yatim dan dhuafa’ melalui saranan perbelanjaan bulanan sebanyak RM80 sebulan. Setahun selepas itu, kami menambah jumlah anak yatim kami menjadi 35 orang sekitar Kedah dan Terengganu. Saraan perbelanjaan bertambah ke RM100 sebulan seorang. Oleh kerana dana dan kedudukan kewangan pertubuhan tidak cukuk kukuh untuk menyediakan ebuah rumah yang khusus untuk anak-anak yatim ini, modus operandi kami berkisar dalam menyara perbelanjaan bulanan, dan juga memberi sumbangan seperti sumbangan hari raya dan persiapan sekolah.
7Heavens