Jalan-Jalan Masuk Kampung(JJMK)

Program JJMK adalah program usahasama beberapa NGO seperti 7Heavens dan Warga Kilang dalam usaha menyantuni beribu-ribu asnaf yang ada di sekitar Semenanjung Malaysia.

Keluarga-keluarga asnaf akan disantuni dengan pemberian barang-barang dapur bernilai dalam RM2,000, wang zakat, derma kilat, peralatan rumah yang diperlukan seperti periuk nasi, peti ais, mesin basuh untuk yang sangat memerlukan.

Satu Asnaf Satu Hari Ramadhan

Setiap bulan Ramadhan, 7 Heavens akan membuat sumbangan kepada satu asnaf setiap sehari sepanjang bulan Ramadhan atau sekurang-kurang pada 10 hari terakhir Ramadhan. Sumbangan ini adalah berupa bahan-bahan keperluan dapur seperti beras, tepung, minyak, dan barang-barang kering yang lain.

7-heavens-program-bi-workshop-001

Seminar/Bengkel Percuma

7Heavens juga menganjurkan seminar dan bengkel percuma dari semasa ke semasa untuk anak-anak asnaf dikelolakan oleh guru-guru atau pelatih-pelatih jemputan.

Sumbangan Perbelanjaan Buka Puasa 10 Malam Terakhir Ramadhan

7 Heavens juga ada membuat sumbangan berupa perbelanjaan berbuka puasa untuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Tradisi ini bermula pada Ramadhan tahun 2022 untuk Madrasah PK7HS

Soalan-Soalan Lazim

Bagaimana saya boleh menyertai program-program 7 Heavens?

Anda boleh menghubungi pegawai-pegawai kami di laman Hubungi Kami dan nyatakan hasrat anda untuk membantu kami. Kami sangat-sangat mengalu-alukan penyertaan anda.

Bagaimana untuk membuat sumbangan kepada asnaf-asnaf yang layak melalui 7 Heavens?

Anda boleh menghubungi pegawai-pegawai runding kami untuk menyumbang secara rasmi dan anda juga boleh membuat bayaran atas talian terus ke bank akaun kami jika tidak memerlukan resit rasmi.

Berapa kerapkah 7 Heavens membuat program-program menyantuni asnaf?

7 Heavens adalah aktif dalam mengagihkan sumbangan-sumbangan zakat dan sedekah dengan berupa sumbangan bulanan kepada madrasah dan asnaf terpilih dan juga dengan berganding bahu dengan NGO kebajikan lain seperti Warga Kilang setiap lebih kurang 2 bulan sekali dalam program Jalan-Jalan Masuk Kampung(JJMK)

Bolehkah saya memohon bantuan dari 7 Heavens?

Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan kami yang mana boleh dimuat-turun dari sini. Pihak jawatankuasa 7 Heavens akan menilai permohonan anda dan akan menghubungi anda untuk tindakan selanjutnya.